Sunday, September 25, 2011

KAKITANGAN AWAM DIRAMAL NAIK GAJI LAGI


KAKITANGAN AWAM DIRAMAL NAIK GAJI LAGI

Berita Harian
Oleh S Anand Kumar
2011/09/24



Berita baik dijangka diumum PM dalam Bajet 2012

KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.

Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.
Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.
Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.

Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.

Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.
Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.

Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini... sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.

Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.

Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.

Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya.

Friday, September 16, 2011

To Do List - CONVO!

-reference: sini-

1. Starting from 1 sept,
A. Isi IIUM Alumni tracer Study kat http://itdportal.iiu.edu.my/tracer
B. Isi MOHE tracer study kat http://graduat.mohe.gov.my/
C. Kemudian WAJIB PRINT SLIP kedua2nya

2. Then PRINT
ROBE FORM yang ada kat http://www.iium.edu.my/convo/index.shtml then klik FORMS dan pilih robe form.

3. Ambil jubah kat CAC IIUM Gombak sama ada
A. 1 & 2 oktober (sabtu dan ahad)

atau

B. 5 - 7 oct ( rabu-jumaat)
from 9am - 4pm including lunch hour.

4. Masa ambil jubah, bawa
A. Slip IIUM Online Tracer Study
B. Slip MOHE tracer study
C. Robe form

5. Kalau nak suruh orang lain ambilkan,
A.kena Print dan Isi AUTHORISATION FORM kat http://www.iium.edu.my/convo/index.shtml then klik forms
B. bawa salinan IC kita dan salinan IC wakil.
C. bawa semua dokumen yg dah mention kat no. 4.

6. Masa ambil jubah, kita akan dapat
A. of course jubah(robe), hood dan headgear.
B. invitation card for parents (reminder : hanya 2 orang je yg bleh masuk...kalo bawa adik2 spupu spapat ramai2, depa xleh masuk).
C. seat number

D. Convocation Multimedia Card. (check dulu ok ke tak, kalau tak ok card ni, kena rectify the problem supaya bleh guna)

reminder : saiz jubah terhad, so baik amik cepat2...

7. Cara pakai Jubah

klik pada http://www.iium.edu.my/convo/robe.shtml dan tgk la video cara pakai jubah.

8. Dress code masa convo
Malaysian Male Graduates
Dark 'baju melayu' with 'songket sampin', or dark lounge suit.
Leather shoes (black/dark).
Malaysian and Non Malaysian Female Graduates
National dress or formal dress which covers the *aurah. Cream coloured tudung/ headcover.
Black or dark brown shoe.

9. Duduk ikut seat number masing-masing.

10. Bawa Convocation Multimedia Card
A. Masa kat atas stage, kita akan kasi card ni kat person in-charge dan dia akan swipe card tu n nama kita akan appear on the screen.
B. kalau taka bawa alamak xde la nama korang kat skrin tuh.

11. Masa kat stage
A. Jalan ke pentas dan pass ur convo card kat person in charge atas stage tu.Dia akan swipe card kita.
B. Bila nama dah diannounce , berjalan menuju rector.
C. Berhenti kat tanda X. Tunduk sket dan ambik skrol dengan kedua belah tangan.
D. Undur selangkah ke belakang, tunduk dan sipikan badan ke kiri sket. pegang skroll dgn tgn kanan dan berjalan dengan penuh rendah diri turun dari stage.
E. duduk balik kat seat korang.

P/s : sebelum duduk balik kat seat, korang akan dapat photograph slip.bleh ambik gmbar kat tmpat ambil jubah selepas upacara.

12. Kembalikan Jubah bila?
A. start from hari convo smpai 10 october kat tempat sama ambil jubah dari jam 9-4pm.
B. lambat sehari denda RM10.

13. nak amik credential
A. Ambik lepas abis convo, maknanya petang tu la kat Admisiion record level 1.

Okay, itu saja kot... hurm, ini saja rumusan yang bleh di buat... nak paham betol2 lagi, pegi je la kat website uia ye..

http://www.iium.edu.my/convo/index.shtml

Saturday, September 10, 2011

Drug Interaction Checker

http://www.drugs.com/drug_interactions.html

Other resources : MOH Formulary, Drug Info, Micromedex, BNF & of course, PRODUCT LEAFLET.


Friday, September 9, 2011

Dah boleh access

All graduates are required to complete and submit two (2) Tracer Study questionnaires which can be accessed directly at:

http://itdportal.iiu.edu.my/tracer - for IIUM Alumni Tracer Study
http://graduat.mohe.gov.my - for MOHE Tracer Study

This ONLINE exercise is COMPULSORY. You are expected to answer all questions. Upon completion, kindly print a copy of the survey slips (IIUM Alumni and MOHE) and submit the slips to the person-on-charge at the registration counter when you collect your invitation cards, multimedia cards and convocation attire as a proof that you have completed the surveys.

As a gentle reminder, your failure to complete the survey forms will consequently delay your process in collecting the invitation cards, multimedia cards and convocation attire. All the given information will be treated as CONFIDENTIAL. For further enquiries, kindly contact the office of Alumni and Career Services Division at:

Tel : 03 - 6196 6307/6305
E-mail : tracerstudy@iium.edu.my

Thank you for your cooperation in completing the questionnaires and we wish you success in future endeavors.

Note:

While doing the Graduate Status Check, please check your details accordingly. And if you spot any incorrect details in your personal information, kindly contact Admission and Records Division or A&R (undergraduate) or Centre for Postgraduate Studies or CPS (postgraduate) to correct them.
For graduates who face problems with the tracer system, please contact Alumni and Career Services Division immediately either through telephone or email. You can also refer to us on the robe collection day since a tracer study (TS) booth will be stationed at the CAC during the robe collection day.
We also would like to encourage all graduates to print those slips earlier to avoid last minute difficulties. Printing services will be provided at the TS booth during the robe collection day, we will charge RM 1.00 per page. 

Monday, September 5, 2011

E-Penyata Gaji

http://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx

Utk kali pertama, perlukan no. gaji.
Boleh call/pergi sendiri ke unit gaji hospital masing2 utk tanyakan.

Apa-apa hal, boleh baca - http://www.anm.gov.my/main.php

*aku dah buat tp slip gaji nye xde plak, tak update @ tak siap lg kot slip nya. korang nye mcm mana?

Berkenaan Convo

Salam.

Baru je call UIA, berikut info yg aku tak dapat :
1)Surat invitation akan dihantar minggu ni, surat tu sangat simple (tiada nama). Sama macam kt sini - http://www.iium.edu.my/sites/default/files/users/91/files/invitation%20letter_convo27UG.pdf

*kalau majikan tak nak terima surat tu (utk mintak cuti, kalau nak cuti lebih la) sbb tak de nama, call 03 61964026 mintak diorg taipkan nama & diorg akan emailkan.

2)Date & aturcara semua macam kt website convo iium tu. Follow je apa yg diorg suruh tu.

Apa2 hal boleh contact sendiri - 03-61964000 (Ext. 3259/4026)

Friday, September 2, 2011

CPE 1 : Warfarin Counseling

Checklist on Warfarin Counseling : HERE

What side effects can this medication cause?
What storage conditions are needed for this medicine?
In case of emergency/overdose
What other information should I know?
Brand names
Why is this medication prescribed?
How should this medicine be used?
Other uses for this medicine
What special precautions should I follow?
What special dietary instructions should I follow?
What should I do if I forget a dose?



Gambar bawah amik dari http://www.qml.com.au