Friday, August 6, 2010

RAMADHAN KAREEM..!

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak!!

Marilah sama-sama kita menghidupkan malam-malam di ambang Ramadhan ini dengan ibadah yang dapat menghidupkan hati dan sekaligus mempersiapkan diri ke arah memasuki fasa tarbiah Ramadhan.

Seandainya Rasulullah s.a.w. dan para sahabat radhiyallahu 'anhum sudah pun membuat persediaan menyambut Ramadhan seawal bulan Rejab lagi, kenapa tidak kita yang hanya tinggal beberapa hari lagi..? Malulah kita sebagai ummat Rasulullah s.a.w..


Qiamullail di ambang Ramadhan

Andai Ramadhan sinonim dengan kegemilangan dan kejayaan umat Islam pada suatu ketika dahulu dengan kemenangan di medan Badar, pembebasan Kota Mekah dan kejayaan Salahuddin Al-Ayyubi membebaskan Masjidil Aqsa dari tentera salib, kenapa tidak kita mencorak kejayaan itu kembali? Sinonimkah kita dengan Ramadhan dan kejayaan Islam? Tepuk dada tanyalah iman..Mari sama-sama kita mujahadah melawan hawa nafsu tidur, hanya semata-mata untuk bangun bermunajat dan menghadap DIA yang Maha Agung.


Berikut adalah tentatif untuk qiamullail pada pagi esok (7 Ogos 2010):

4.30 pagi : berkumpul di surau KOP

4.45 pagi : Qiamullail bermula (zikir munajat, solat tahajjud, solat taubat, solat hajat dan witir secara berjemaah)

5.45 pagi : Solat Subuh berjemaah

6.15 pagi : Kuliah Subuh

7.00 pagi: Riadhah (berkumpul di court depan KOM-brother di court futsal, sister di court bola tampar)

*semua diminta membawa pakaian sukan siap-siap untuk riadhah
*refreshment disediakan
*bagi yang terlibat dengan IPhA Race, boleh teruskan dengan program tersebut

Semoga Allah memberkati usaha kita untuk mendekatkan diri pada-Nya, dan semoga Allah menerima segala amalan kita, ameen..




1 comment:

mutiara bd said...

"IphA race" = warming up RAMADHAN