Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, visit terakhir kita ke penang sudah brakhir walaupun bnyk masalah yg brlaku (just a simple visit, xmenarik serta memenatkan).Tetapi, kalau niat kita ikhlas, InsysaAllah segala masalah dn penat yang kita hadapi akn diberi ganjaran (sedikit je dugaaan jika dibandingkan dugaan2 yang lain). Sebenarnya, saya rasa terpanggil nak tulis perkara ni dn mungkin juga luahan dari saya sndiri sebagai org yang bertanggungjawab ke atas visit ni.
First of all, sy PM visit ni dn mgkn juga wakil dari committee nak minta beribu2 kemaafan kepada semua sahabat2 dan kawan2 sume atas segala kekurangn and msalah yang berlaku sebelum, ketika dan selepas program ni. Atas dasar manusia xkn lari dari melakukan kesilapn dn semua perkara xkn dapat dilakukan dengan sempurna tanpa kekurangan (yg perfect semuanya adalah milik ALLAH), jadi dengn penuh pengharapan kawan2 semua dapatlah memaafkan segala kesilapan yg berlaku.
Actually, saya banyak belajar daripada program ni. Menjadi Ketua bukannya tiket untuk kita mnunjuk-nunjuk,sombong dan bangga atas kuasa yg kita ada. Ia adalah satu tanggungjawab yang amat besar dn memerlukan kesabaran serta adil dalam setiap tindakan. Saya juga sedar begitu susah sekali nak memuaskan hati semua pihak. Apa yang saya nampak, komunikasi antara bro and sister memang bermasalah. Saya rasa segala masalh serta perselisihan faham perlu dibincangkan terlebih dahulu. Apa yang penting, segala andaian terhadap perselisihan faham tersebut tak perlulah disebar2 kan sebelum dibincangkan terlebih dahulu kerana kemungkinan andaian tersebut salah dn mungkin juga betul (mengikut hukum, apa yang xpasti, kita tinggalkan..itulah jln yg terbaik). Saya xsokong mana2 pihak, just pendpat peribadi. (teringt satu ceramah sorang ustaz mengenai tabia't kaum hawa ni yg berkaitan asal usul penciptaan manusia.. kalau ada kesempatan boley diceritakn nanti, kesimpulan dari cerita tu, lelaki kena banyak bersabar).
So, cara yang terbaik selepas ni kalau ada sesiapa yg nak memberi teguran yg khusus kepada seseorang. Lakukanlah secara face to face. Xperlulah buat di khalayak umum supaya xde sesiapa rasa dia'ibkan (dimalukan). Saya xingt sama ada Rasulullah or sahabat Rasulullah ada menegur sorg shbat mereka yang melakukan kesalahn. Tapi teguran tersebut tidak dilakukan di khalayak ramai supaya org tersebut xdia'ibkan. Dn dengn face to face juga, kita akn dapat tahu hal sebenar apa yang berlaku. Tegurlah secara berhikmah dan bukannya mengikut hawa nafsu. Tapi, jika teguran secara general, boley je dilakukan di khaalyak ramai semoga semua dapt manfaat dari teguran tersebut.
Akhir skali, kita pun dah final year, bertindak dan berfikirlah dengn matang supaya ukhuwwah yang terjalin selama ni x terkubur begitu sahaja (rugilah kita nanti bukannya di dunia sje tetapi di akhirat kelak).
Wallahua'lam (jika ada yg x faham tulisan saya ni bley jumpa saya untuk penjelasan)
-MHY-