Friday, December 24, 2010

Kronologi senior sblm dpt tawaran kerja

Apa yang anda harus lakukan sebelum tarikh temuduga? Anda wajib memohon jawatan sebagai pegawai farmasi yang boleh dilakukan secara online. Anda hanya perlu melayari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan pergi kepada borang permohonan online (SPA8i) dan klik pada ijazah/sarjana/phd. { InsyaAllah langkah seterusnya akan diajar oleh penceramah.} Dalam masa 3, 4 hari selepas permohonan, anda akan menerima slip permohonan yang akan dihantar ke alamat rumah anda


Jangan lupa! Bawa

1. Resume bergambar
2. Sijil Kelahiran (asal dan salinan)
3. Kad Pengenalan (asal dan salinan)
4. Sijil SPM dan setaraf (asal dan salinan)
5. Sijil STPM dan setaraf
6. Lain-lain sijil

Selain mengisi borang permohonan di laman web SPA, anda juga perlu mengisi Borang Maklumat Diri (BMD) secara manual yang boleh didapati daripada pegawai pentadbiran kulliyah/fakulti farmasi anda. Borang inilah yang memerlukan anda memilih 3 penempatan pilihan berserta alasan pemilihan dibuat. Anda perlu memilih negeri pilihan bukannya hospital pilihan untuk penempatan PRP ini. Namun demikian, jikalau anda berminat dengan hospital universiti seperti HUSM, PPUM atau pun HUKM, pilihan ini perlu dinyatakan terus pada borang pilihan.


Read more - http://denaifarmasi.blogspot.com/2010/08/kronologi-sebelum-mendapat-tawaran.html

No comments: