Saturday, July 21, 2012

Ramadhan yang mulia


Assalamualaykum warahmatullah..

Pernah terfikir jari sama panjang semuanya?
Atau lubang hidung kita mengadap atas?
Atau mata kita berada di tepi seperti telinga?

Yeah?!

Ape kah?

Mutiara bd telah mengajar sesuatu yang pelik..

Tidak.
Ia tidak pelik.

Sesungguhnya itulah bukti kehebatan Allah.

Lagi bukti kehebatan Allah?

Manusia yang berbeza latar belakang dan personaliti akhirnya boleh duduk sebumbung dan menjaga anak hingga dewasa.

Lagi?

Pernahkah kita dengar berita langit telah membuat 'kecoh' dengan mahu turun kebumi sebentar?? Akibat terlalu lenguh dan lama 'berdiri' teguh menanggung segala isinya?

Maha Suci Allah tidak pernah.

Apa lagi bukti kehebatan Allah?
ok tukar sikit.
Apa lagi bukti ketuhanan Allah dan hanya Allahlah yang layak disembah??

Seluruh sistem alam ini berjalan dengan teratur.
Jika ada lah Tuhan lain, pastinya kejap bumi pusing kot timur, pastu pusing kot barat.. entah apa jadi kat kita yang ada atas bumi yang bulat ini..

Allah Maha Besar!

Akhir kata, semoga amal kita dalam Ramadhan kali ini diterima Allah. Biarlah tidak 'sehebat' mana.. Yang penting berusahalah untuk ikhlas dan istiqamah! Marilah kita sama-sama berdoa pada Allah.

Perjuangan kita belum selesai, selagi nyawa masih di dalam badan.

ni perjuangan kita:

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada KU"
Az-zariyat: 56.

Apakah segala amal kita selama ini untuk beribadah pada Allah atau hanya untuk memuaskan kehendak diri?? -tepuk dada tanya iman- pssst...make sure faham betul-betul maksud ibadah tu.

p/s: jika kita tidak bertemu di dunia, moga kita bertemu diakhirat di bawah naungan arasy Allah!

Sunday, July 15, 2012

Apakabar semua??


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Beberapa hari lepas ada orang cakap

"bila nak update blog?"

mutiara bd buat-buat tanya balik..

"blog kelas ke?"

jawabnya

"yelah"


dengan rasa -taktau nak jawab apa-, mutiara bd jawab balik..

"entah, nak update pun bukan tahu khabar semua orang..."


"tula semua orang macam senyap je.." -tambah orang tersebut

Ni nak tambah kat sini [tiada dalam perbualan].
Yang ada khabar tu pun, kalau berkahwin je. Cerita lain semuanya taktahu.. Susah ke senang ke hidup anda semua.. Memang taktahu..

Oh ya, entri ni bukanlah nak paksa semua orang cerita kabar masing-masing pun, ia bertujuan untuk mengingatkan kita tentang RAMADHAN yang semakin dekat.

Se'excited' mana kah kita menunggu kehadiran RAMADHAN?


Apakah motivasi beribadah sepanjang bulan RAMADHAN nanti masih yang sama ketika kanak-kanak dan budak sekolah dahulu? -hari raya-


Berapa besar nilai Ramadhan yang kita nampak??

Sebagai mana jururawat tidak dapat mengagak betapa bahaya menyucuk pralidoxime secara bolus, berbanding pegawai farmasi yang tahu..

Begitulah juga perbandingan orang 'jahil' dan 'tak berapa kesah' betapa pentingnya RAMADHAN berbanding orang yang berilmu dan tahu..

Ibadah puasa sangat berbeza dengan ibadah lain kerana.. ia tidak melibatkan tuntutan melakukan sesuatu.. malah ia adalah tuntutan meninggalkan sesuatu tidak sewaktu dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji yang menuntut kita melakukan sesuatu..

Cinta Allah dibuktikan dengan meninggalkan sesuatu..

Jika diperhalusi, dalam amalan berpuasa ini, kita meninggalkan sesuatu yang kita ada.. contohnya; Makanan dan persetubuhan suami isteri..

meninggalkan sesuatu yang tidak haram pun.. Ia cuma jadi haram bila berpuasa.

Kalau di amati.. Meninggalkan sesuatu yang tidak haram pun 'mampu' dilakukan ketika berpuasa, apatah lagi meninggalkan perkara haram.. lebih-lebih lagilah BOLEH. Mesia bolehkan?

Apa contohnya perkara haram yang boleh 'ditinggalkan' dengan puasa?

  • liar mata memandang perkara haram
  • merokokk
  • bercakap perkara yang dilarang; mengumpat, mengutuk, mengeluarkan perkataan yang lucah dan biadap..mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang yang mendengar
Puasa itu perisai. As-siamu junnah. [jangan tersalah sebut pulak, nanti jadi lain maksud]. Ini dari hadith.. Rasulullah yang cakap, bukan mutiara bd yang cakap..
Maksud perisai itu, perisai dari segala perkara yang haram dan yang melemahkan iman..

Jika puasa tidak berjaya menguatkan iman, serta tidak menjadi perisai.. Muhasabah lah diri kembali. 


baiklah setakat ini dahulu, selamat berpesta ibadah!

p/s: sorilah, malas nk hias dengan gambar-gambar..

Saturday, May 5, 2012

asian conference on clinical pharmacy

jom pakat2 kita pi conference ni..
banyak sgt benda yang leh blajar kalo tgk dia nya tentatif..
full of information..speaker pon semuanya yang specialist


sapa2 yang bercadang nk gi pm aku skali..
ramai2 baru seronok kn..geng iiumrx6
untuk maklumat lanjut leh layari
http://www.accp2012.org

Citius, Altius, Fortius

Saturday, April 7, 2012

Undangan kenduri kahwen dani & ain :)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Dengan ini saya berbesar hati menjemput semua sahabat2, rakan2, dan sesiapa sahaja yang mengenali kami untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan kami yang julung-julung kali diadakan (memang pun..hehe).
Semoga dengan kehadiran kalian semua akan dapt memeriahkan lagi majlis kami dan moga kita semua dirahmati, diberkati oleh ALLAH S.W.T. InsyaAllah.

Majlis rumah pengantin perempuan:
:: 3 JUN 2012 (AHAD) / 13 Rejab 1433
Dewan Majlis Islam Sarawak, Kuching, Sarawak Bumi Kenyalang
Jam 10.00 pagi - 2.00 petang

Majlis rumah pengantin lelaki:
:: 9 JUN 2012 (SABTU) / 19 Rejab 1433
No 69A, Kg. Tengah, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur
Jam 11.00 pagi - 3.00 petang

Sesiapa nak kad,beritahu ye...apa-apa pun jgn segan2/malu2 untuk hadir ke kenduri kami :D ...ohye...apply cuti bagi yg bekerja...hehehe. Terima kasih banyak2 kami alu-alukan terlebih dahulu kepada kalian semua :). Alhamdulillah

Dengan ikhlas:
Ahmad Ramdani B Abd Manan @ Abdul Jalil
Nurulain bt Haji Iskandar

Sunday, April 1, 2012

Kesenangan hidup suatu pelajaran

Assalamualaykum warahmatullah..

Apakabar kawan-kawan iiumrx6th???
Masih sihat dalam imankah?
Apakah kesibukkan kita sekarang?..
Mencari Allah dan keredhaan-Nya atau selain dari itu...

Soalan muhasabah itu bukan untuk kawan-kawan..
Tapi yang mutiara bd tanya diri sendiri setiap hari dan hari ini mahu berkongsi soalan muhasabah ini dengan kawan-kawan.

Sesungguhnya tanda-tanda hati kita masih mahu menerima hidayah dari Allah adalah; apabila hati kita masih mahu mendengar, membaca dan tidak menyampah dengan peringatan-peringatan dari manusia. walau siapa pun pemberi peringatan itu.


Huhu..

Sungguh banyak perkataaan mahu di nukilkan..
Tapi mesti memilih yang terpenting dari yang penting-penting.

Sesungguhnya, mutiara bd bukanlah yang terbaik untuk memperkatakan.. tetapi mutiara bd telah memilih untuk memperkatakan sewaktu orang lain takut dan tidak mahu memperkatakannya..

Apakah perkara itu??

demokrasi politik kesenangan.

Pernah dengar perkataan atau istilah ini?
apakah ini wahai kawan-kawan?

Masih ada masakah untuk kita renung dan fikirkan tentang akhlaaq, nilai kehidupan sebagai hamba Allah.. kala kita begitu sibuk mencari rezeki, mengumpul harta demi menyara dan memenuhi tuntutan sebagai manusia??

Apakah maksud istilah ini dan apakah kepentingan tajuk ini hingga mutiara bd memilih untuk menuliskannya disini??

Ikuti siaran sambungannya di hari akan datang.. InsyaALLAH.

p/s: teruskan usaha mengenal Allah dan menyintai..!

Wednesday, February 29, 2012

Jemputan Raja Sehari



Bismilahirahmanirahim…

Assalamualaikum wbt..

Lembayung senja menggamit malam,
menangis jentayu menanti hujan,
hajat mulia menyusul salam,
pohon restu kehadiran tuan.

Dengan izin Allah ke atas hamba-Nya yang merancang, kami dengan berbesar hati dan sukacitanya menjemput Tuan/Puan/Encik/Cik, suami/isteri & seisi keluarga merestui tambatan janji,izin berwali, ijab bersaksi antara dua hati ;

MOHD HAFIZI BIN HJ MOHD NOR & NOR MIFTAH DIANAH BT AHMAD

Majlis Pihak Perempuan;
10 March 2012 (Sabtu) bersamaan 17 Rabiulakhir 1433H
15262-P, Lorong Tali Air 4, Jalan Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu.

Majlis Pihak Lelaki;
11 March 2012 (Ahad) bersamaan 18 Rabiulakhir 1433H
No 36, Taman Mega, Lorong Tembusu 3, Jalan Gong Badak,21300 Kuala Terengganu.

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Nya, diciptakan Nya untukmu pasangan hidup dari jenismu sendiri supaya kamu mendapat ketenangan dan dijadikannya kasih sayang diantara kamu.Sesungguhnya yang demikian menjadi tanda-tanda kebesaran-Nya bagi orang-orang yg berfikir” surah Ar-Rum ayat 21
Terima kasih.. Wassalam


Thursday, February 23, 2012

Undangan Majlis Perkahwinan


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sireh bermadah pinang berbelah
Adat kelmarin dibenihi rapi
Merisik sudah bertunang pun sudah
Majlis kahwinnya kini dirai

Dengan penuh rasa kesyukuran dan mengharapkan keredhaan Allah SWT,saya dengan berbesar hati ingin menjemput semua kengkawan ke majlis perkahwinan saya:

NUR FATIHAH MUHSININ BT IBRAHIM & ZAKARIA BIN ABD HAMID

pada 24 Mac 2012 (Sabtu) bersamaan 1 Jamadil Awwal 1433 Hijrah
No 23 & 24 Jalan Kenari Merdu 4, Taman Kenari Merdu, 08000 Sg Petani, Kedah

Kompang dipalu pengantin dipersanding
Diiringi dengan setapak sireh
Termakbul sudah hajat yang penting
Diakhiri dengan ucapan terima kasih

Semoga dengan kehadiran kawan2 akan menyerikan lagi majlis kami..insyaAllah.