Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Dengan ini saya berbesar hati menjemput semua sahabat2, rakan2, dan sesiapa sahaja yang mengenali kami untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan kami yang julung-julung kali diadakan (memang pun..hehe).
Semoga dengan kehadiran kalian semua akan dapt memeriahkan lagi majlis kami dan moga kita semua dirahmati, diberkati oleh ALLAH S.W.T. InsyaAllah.
Majlis rumah pengantin perempuan:
:: 3 JUN 2012 (AHAD) / 13 Rejab 1433
Dewan Majlis Islam Sarawak, Kuching, Sarawak Bumi Kenyalang
Jam 10.00 pagi - 2.00 petang
Majlis rumah pengantin lelaki:
:: 9 JUN 2012 (SABTU) / 19 Rejab 1433
No 69A, Kg. Tengah, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur
Jam 11.00 pagi - 3.00 petang
Sesiapa nak kad,beritahu ye...apa-apa pun jgn segan2/malu2 untuk hadir ke kenduri kami :D ...ohye...apply cuti bagi yg bekerja...hehehe. Terima kasih banyak2 kami alu-alukan terlebih dahulu kepada kalian semua :). Alhamdulillah
Dengan ikhlas:
Ahmad Ramdani B Abd Manan @ Abdul Jalil
Nurulain bt Haji Iskandar
Saturday, April 7, 2012
Sunday, April 1, 2012
Kesenangan hidup suatu pelajaran
Assalamualaykum warahmatullah..
Apakabar kawan-kawan iiumrx6th???
Masih sihat dalam imankah?
Apakah kesibukkan kita sekarang?..
Mencari Allah dan keredhaan-Nya atau selain dari itu...
Soalan muhasabah itu bukan untuk kawan-kawan..
Tapi yang mutiara bd tanya diri sendiri setiap hari dan hari ini mahu berkongsi soalan muhasabah ini dengan kawan-kawan.
Sesungguhnya tanda-tanda hati kita masih mahu menerima hidayah dari Allah adalah; apabila hati kita masih mahu mendengar, membaca dan tidak menyampah dengan peringatan-peringatan dari manusia. walau siapa pun pemberi peringatan itu.
Huhu..
Sungguh banyak perkataaan mahu di nukilkan..
Tapi mesti memilih yang terpenting dari yang penting-penting.
Sesungguhnya, mutiara bd bukanlah yang terbaik untuk memperkatakan.. tetapi mutiara bd telah memilih untuk memperkatakan sewaktu orang lain takut dan tidak mahu memperkatakannya..
Apakah perkara itu??
demokrasi politik kesenangan.
Pernah dengar perkataan atau istilah ini?
apakah ini wahai kawan-kawan?
Masih ada masakah untuk kita renung dan fikirkan tentang akhlaaq, nilai kehidupan sebagai hamba Allah.. kala kita begitu sibuk mencari rezeki, mengumpul harta demi menyara dan memenuhi tuntutan sebagai manusia??
Apakah maksud istilah ini dan apakah kepentingan tajuk ini hingga mutiara bd memilih untuk menuliskannya disini??
Ikuti siaran sambungannya di hari akan datang.. InsyaALLAH.
p/s: teruskan usaha mengenal Allah dan menyintai..!

Wednesday, February 29, 2012
Jemputan Raja Sehari

Bismilahirahmanirahim… Assalamualaikum wbt.. Lembayung senja menggamit malam, menangis jentayu menanti hujan, hajat mulia menyusul salam, pohon restu kehadiran tuan. Dengan izin Allah ke atas hamba-Nya yang merancang, kami dengan berbesar hati dan sukacitanya menjemput Tuan/Puan/Encik/Cik, suami/isteri & seisi keluarga merestui tambatan janji,izin berwali, ijab bersaksi antara dua hati ; MOHD HAFIZI BIN HJ MOHD NOR & NOR MIFTAH DIANAH BT AHMAD Majlis Pihak Perempuan; 10 March 2012 (Sabtu) bersamaan 17 Rabiulakhir 1433H 15262-P, Lorong Tali Air 4, Jalan Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu. Majlis Pihak Lelaki; 11 March 2012 (Ahad) bersamaan 18 Rabiulakhir 1433H No 36, Taman Mega, Lorong Tembusu 3, Jalan Gong Badak,21300 Kuala Terengganu. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Nya, diciptakan Nya untukmu pasangan hidup dari jenismu sendiri supaya kamu mendapat ketenangan dan dijadikannya kasih sayang diantara kamu.Sesungguhnya yang demikian menjadi tanda-tanda kebesaran-Nya bagi orang-orang yg berfikir” surah Ar-Rum ayat 21 Terima kasih.. Wassalam |
Thursday, February 23, 2012
Undangan Majlis Perkahwinan
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Sireh bermadah pinang berbelah Adat kelmarin dibenihi rapi Merisik sudah bertunang pun sudah Majlis kahwinnya kini dirai Dengan penuh rasa kesyukuran dan mengharapkan keredhaan Allah SWT,saya dengan berbesar hati ingin menjemput semua kengkawan ke majlis perkahwinan saya: NUR FATIHAH MUHSININ BT IBRAHIM & ZAKARIA BIN ABD HAMID pada 24 Mac 2012 (Sabtu) bersamaan 1 Jamadil Awwal 1433 Hijrah No 23 & 24 Jalan Kenari Merdu 4, Taman Kenari Merdu, 08000 Sg Petani, Kedah Kompang dipalu pengantin dipersanding Diiringi dengan setapak sireh Termakbul sudah hajat yang penting Diakhiri dengan ucapan terima kasih Semoga dengan kehadiran kawan2 akan menyerikan lagi majlis kami..insyaAllah. |
Thursday, February 2, 2012
Lepas result keluar nk buat apa dah? takingat
Assalamualaykum warahmatullah.........
Wahai!
Blog macam sudah sunyi dan sepi balik.
# nak buat apa ye lepas result dah keluar, selain buat clearance??
yang hantar sampul surat banyak-banyak dulu tu nak buat apa?
Hari ini mutiara bd cuma mahu bersembang-sembang..
Sembang yang ada objektif ok.
Ayuh kita ambil masa sebentar dan pandanglah solat kita.
Ok ke solat kita itu...
Bilakah kali terakhir kita asyik dan mahsyuk dengan solat kita?
Beralih pula pada urusan harian kita.
Untuk apakah kita lakukan semua urusan harian yang banyak itu?
Bangun pagi, solat, makan, baca quran [kalau baca lah], mandi, pergi sekolah..
ok sekolah kat sini bukan yang SRK ke SMK ke SMKA ke MRSM ke etc... tu.
Tapi sekolah kehidupan..
tidak kisah la apa pun sekolah kehidupan itu.
pergi sekolah ke
pergi kerja ke
pergi jauh ke...
sambung balik.
Habis segala kerja sekolah, main, berehat.. solat, baca Quran [kalau bacalah].. dan akhirnya pejam mata kembali. Menunggu esok hari.. untuk memulakan hari yang baru.
Bukankah kita percaya manusia ciptaan ALLAH ini ciptaan terbaik..
Jika begitulah keyakinan kita.
Apa beza urusan harian kita itu dengan haiwan..?? hoho
Haiwan pun beribadah dan berzikir juga.
Haiwan pun pergi "sekolah kehidupan" juga.
Haiwan pun berehat juga bila penat.
Nampak macam sebijik pula manusia dan haiwan.
Macam teori evolusi pulak; menyamakan manusia dengan haiwan.
Ayuh lihat firman ALLAH dalam surah Al-A'raf: 79;
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَـٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
Manusia, bila dia tidak menggunakan hati, aqal, telinga yang Allah berikan..
Menggunakan untuk apa?..
Telinga = dengar orang ngumpat.
Hati = ingat pada urusan kerja dan sekolah kehidupan
mata = tengok semua benda, cerita, movie etc..
Bukan.
Bukan itu maksud menggunakan.
Itu namanya: SALAH GUNA.
Maksud menggunakan di sini adalah:
hati = untuk memahami ayat-ayat ALLAH.
telinga = mendengar ajaran dan nasihat
mata = melihat bukti keesaan ALLAH.
ok, ulang balik.
Bila manusia tidak menggunakan hati, aqal, mata dan telinga yang diberikan ALLAH, dia akan jadi penghuni neraka kerana dia lebih sesat dari haiwan..

Tuesday, January 24, 2012
Janji saya
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka,
dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya):
"Bukankah Aku tuhan kamu?"
Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi".
Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Surah Al-A'raf: 172
Inilah pengakuan setiap anak Adam.
BERSAKSI bahawa ALLAH lah TUHAN..
Kata ibnu Kathir:
Dengan ayat ini, Allah telah mengkhabarkan bahawa Dia telah mengeluarkan anak cucu Adam dari sulbi [tulang belakang] mereka, untuk menyaksikan sendiri bahawa Allahlah Tuhan mereka dan yang menguasai mereka dan tidak ada Tuhan melainkan Dia Tuhan yang membuat fitrah sedemikian..
Apakah fitrah sedemikian?
فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّـهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Dan tegakkanlah wajahmu kepada agama yang lurus, ia adalah fitrah Allah yang telah di fitrahkan olehNya ke atas manusia, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui..
Ar-rum: 30
Fitrah sedemikian: mengakui ALLAH adalah TUHAN.
"tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" =>
kita sentiasa diberi kefahaman Islam itu agama sempurna.. Islam itu cara hidup..
Tapi bagaimanakah cara hidup Islam itu?
Apakah kita merasai kesempurnaan Islam itu?
Jika mengamalkan Islam, kita rasa mundur, kita rasa tak cukup, rasa tak puas. Rasa macam ada kurang. Benarkah kita benar-benar meyakini Islam itu sempurna? dan yang lebih penting lagi, sedarkah kita dengan 2 ayat Allah di atas??
.......................................................
Kawan-kawan,
Tiada guna bercerita panjang kehebatan Al-Quran..
Tiada guna bincang berjela isi Al-Quran..
Jika kita jahil langsung MILIK SIAPAKAH segala kata-kata dalam al-Quran.
Baiklah, mari kita hayati satu analogi mudah.
Satu penyakit telah merebak di sebuah kampung. Dahsyat. Sudah ramai penduduk meninggal dunia. Rawatan yang diusahakan, semuanya tidak berjaya.. Walaupun oleh seorang dukun hebat lagi berkaliber.
Tiba-tiba datanglah seorang lelaki tidak dikenali.. katanya, penyakit itu boleh dirawat jika para penduduk mencuba sejenis ubat baru..
Apakah dukun hebat akan percaya kata lelaki tersebut? Pastilah tidak. Penduduk kampung? Lagi lah tak caya. Dukun hebat pun tidak mampu mengubat, inikan pula lelaki asing dari mana entah.
Selepas beberapa hari, barulah penduduk kampung tahu, lelaki tersebut adalah seorang doktor! Doktor yang dihantar Jabatan Kesihatan untuk membantu mengawal penyebaran penyakit di kampung tersebut. Barulah penduduk kampung menurut nasihat doktor tersebut.. Akhirnya, dengan izin Allah, jumlah kematian penduduk kampung kerana penyakit tersebut semakin berkurang..
pengajaran: Penduduk kampung tidak percaya pada lelaki tersebut sehingga mereka tahu dia adalah seorang doktor.
Ok.
Analogi ini ada banyak maksud. Bergantung kepada tahap kefahaman pembaca.
Tetapi maksud yang mutiara bd mahu kongsikan adalah,
Jika kita tidak mengenal ALLAH..
Tuhan yang menurunkan AL-Quran kepada kita..
bacalah Al-Quran 10 juzu sehari..
Belajarlah kat sekolah mana pun..
Berotak sehebat Albert Einstein pun..
Berduit kaya macam pengasas jenama APPLE pun,
Berkelulusan institusi pengajian hebat mana pun..
Kita tidak akan mampu merasa betapa penting firman-Nya berbanding kata-kata manusia.
Lagi-lagi lah bila yang bercakap [menulis] itu bukan sesiapa dan tidak hebat langsung.
Maka;
Manusia tidak akan mampu menghargai kandungan Al-Quran, sehingga mereka mengenali siapakah pemiliknya.

Friday, January 20, 2012
Apakah janji kita pada Allah
Assalamualaykum warahmatullah..
Semoga warga alumni iiumrx6th sentiasa dirahmati Allah.
Selamat hari lahir pada yang lahir di bulan Januari.
selamat hari lahir untuk semua yang lahir sepanjang tahun..
Pasti umur yang diberi ini bukan untuk sesuatu yang remeh temeh.
Kita sambut hari lahir setiap tahun..
Kita dengar orang ucap "Selamat hari lahir" untuk kita setiap tahun.
Kita pun gembira dapat hadiah hari lahir.
Kita suka orang ingat hari lahir..
Tapi.
Apakah kita sedar tujuan kita di lahirkan?
Siapa sebenarnya memberikan "kelahiran" ini..
Pastinya
bukan orang yang mengucapkan selamat hari lahir..
Juga bukan ibu yang penat lelah mengandung dan melahirkan kita.
Kawan-kawan,
Apakah kita hanya di lahirkan untuk berbakti kepada kedua ibubapa?
Apakah cukup dengan kita bekerja dengan amanah, berbuat baik pada masyarakat..
Maka kita telah jadi muslim sempurna??..
Kawan-kawan,
Jika kita dilahirkan hanya untuk bersusah payah belajar dan akhirnya bekerja dengan gaji besar..
Untuk apa segala kisah-kisah Nabi dalam al-Quran??
Kisah itu sudah pasti bukan untuk hiburan saluran tv atau radio..
Kawan-kawan,
Apakah Al-Quran hanya sekadar hiburan hati ketika gundah?
Halwa telinga ketika penat dan letih seharian mencari sesuap rezeki?
Apakah hanya kerana sebab remeh temeh ini Rasulullah s.a.w bermatian menyampaikan al-Quran untuk kita??
Dan akhirnya, hikmah [kebijaksanaan] sebalik mengingati kelahiran ini adalah:
Apakah kita masih ingat janji ROH kita pada Allah sebelum dilahirkan kedunia...

Subscribe to:
Posts (Atom)