Sunday, September 13, 2009

Saturday, September 12, 2009

Happy Holidays & Selamat Hari Raya Aidilfitri

IIUMRx6th wishing you selamat bercuti dan selamat hari raya aidilfitri. Jgn lupa datang semula sebelum 28/9/2009 (Week 12). Then, we will study for 5 weeks more before end semester examination. 5 minggu je bljr pastu exam. Good luck for your final exam!

Jangan lupa juga bawa balik uia kuih raya, ada jamuan raya. =)

Jangan lupa study for attachment GIT sebab Thursday Week-12, ada attachment C.P.1 on GIT. Semua kena clerk tetapi hanya 2 groups (B & C) yang akan present. Group A & D perlu print slide & report sahaja. Untuk attachment Genitourinary (GU), setiap group A, B, C & D perlu hantar 3 groups kecil untuk present. Nanti kita akan bincangkan pemilihan group yang perlu present sebab markah yg present ini akan mewakili mereka yang tidak present.

Week last (Week-16), kita akan menghadapai OSCE hospital pharmacy services (pharmacy practice) dan VIVA clinical pharmacy. Jadi, bersedialah.

Kemudian, bersedialah (emosi, jasmani dan rohani) menghadapi kelas yg banyak nanti sebab kita berhutang 12 contact hours termasuk 1 practical. =)

Akhir kata, saya mohon maaf andai melakukan kesilapan dalam mengendalikan blog ini. Yang baik daripada Allah, yang buruk daripada saya sendiri. Sekian, terima kasih.

Thursday, September 10, 2009

report PK

  • kalau takde semi-log graph paper, guna kertas graph biasa,guna natural log (ln) atau log
  • utk graph C vs time cari half-life, initial conc,k dan V.
  • utk graph U vs time, just plot sahaja

Photo Iftar 090909@KOP





















Kulliyyah of Pharmacy, 6th batch (2007-2011)..

Facebook

Kalau ada forumner yang memboikot Facebook lantaran semata-mata pengasasnya Yahudi, maka ikutkan logik itu, mereka secara automatiknya terpaksalah memboikot laman-laman web atau forum yang menggunakan PHP language termasuklah forum IluvIslam ini kerana pengasas skrip PHP ini juga seorang Yahudi Scandinavia bernama Rasmus Lerdorf.

Kebanyakan hal berkaitan ICT dan barangan berkaitan telefon cellular dan juga komputer adalah diasaskan oleh Yahudi. Sama ada mereka semua menyokong Zionism, Wallahu a'lam dan kalau kita mencarinya dan terjumpa bukti memang benar mereka menyumbangkannya, maka inilah baru timbulnya erti boikot sebenar.

Jika hendak dibandingkan dengan francais beberapa fast food yang kita selalu heboh-hebohkan dengan seruan boikot, apalah sangat kepenggunaan dan keuntungan bagi fast food yang sedikit ini jika hendak dibandingkan kepenggunaan dalam bidang high tech.

Inilah dilemma bagi yang gemar bersangka-sangka dan mencari-cari masalah sehingga akhirnya menyusahkan diri sendiri. Hayati kembali kisah lembu betina Bani Israel.

Wallahu A'lam - http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=54&thread_id=9336&rowstart=0



Islam itu sifatnya adil

Dalam menjatuhkan sebarang hukuman, kita perlu mempunyai hujah yang cukup kuat. Tidak cukup kalau hanya kita katakan pemilik syarikat tersebut orang Yahudi atau dia mungkin ada kaitan dengan salah sebuah organisasi Israel.

Mungkin-mungkin atau rasa-rasa tidak boleh dijadikan hujah. Contoh ada seorang wanita membuat laporan polis yang dia dirogol.
“Saya rasa mungkin orang itu yang merogol saya semalam.”

Polis akan melakukan siasatan terhadap orang tersebut tetapi tidak boleh terus menjatuhkan hukuman hanya dengan hujah rasa-rasa wanita tersebut. Kita bukannya orang liar yang terus menumbuk dan menerajang, menjatuhkan hukuman tanpa periksa.

Dalam isu facebook pula, adakah sudah ditemui sebarang bukti yang mengatakan Mark Zuckerberg, pemilik Facebook, menyumbang kepada keganasan Israel?

Pemilik Google pun adalah orang Yahudi. Adilkah kalau hanya Facebook yang diboikot tanpa hujah yang kuat, sedangkan tidak pula kita mengajak orang lain boikot(tanpa usul periksa juga) website lain?
Apa bezanya menggunakan blogspot(milik Google) dengan menggunakan facebook? Kedua-duanya milik Yahudi.

Pada pendapat saya selagi tiada sebarang pengumuman atau kajian terperinci untuk mengesahkannya, tidak salah untuk kita gunakannya dahulu. - http://studiomuslim.com/pandangan/snippet/snippet-berdakwah-melalui-facebook/


Please read others :


http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=54&thread_id=9336&rowstart=0

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/world/37223-obama-warns-teens-of-perils-of-facebook

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/zan-azlee/30076-facebook-is-a-crime

http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_fireboard&Itemid=60&func=view&id=793&catid=20

http://en.wikipedia.org/wiki/Facebook

Iftar IPhA 2009