Tuesday, May 31, 2011

Jenis Formulari

Terdapat tiga jenis Formulari yang digunakan di semua hospital dan klinik kesihatan
dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), iaitu

1)Formulari Ubat KKM - mengandungi senarai ubat-ubatan yang telah diluluskan oleh Panel Kajisemula Ubat KKM, di peringkat Nasional. Hospital, klinik kesihatan dan Institusi KKM hanya boleh menggunakan ubat yang tersenarai dalam Formulari Ubat KKM mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

2)Formulari Ubat Hospital - senarai ubat yang diluluskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Perolehan Ubat-ubatan/Jawatankuasa Ubat hospital berkenaan dan adalah berdasarkan Formulari Ubat KKM mengikut keperluan hospital tersebut

3)Formulari Ubat Kesihatan - senarai ubat yang diluluskan kegunaan di klinik-klinik kesihatan KKM yang juga berdasarkan kepada Formulari Ubat KKM.


Tujuan formulari :
1)Formulari ini adalah suatu pendekatan dasar dan pentadbiran untuk mengawal dan menggalakkan penggunaan ubat-ubatan secara rasional dan berkualiti di semua hospital, klinik dan Institusi di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.

2)Senarai ubat yang terdapat dalam Formulari tidak bermaksud untuk menyekat penggunaan ubat yang baru tetapi ubat-ubat baru diperkenalkan secara terancang dan terkawal. Dengan itu perbelanjaan yang digunakan untuk perolehan ubatdapat dikawal dan membolehkan peruntukan kewangan yang ada digunakan secara optima .

Kegunaan ubat di luar dari Formulari Ubat KKM tidak dibenarkan kecuali telah mendapat kelulusan dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Bagaimana cara mendapatkan kelulusan tersebut??

http://www.pharmacy.gov.my/aeimages//File/Panduan_Kepada_Formulari_Ubat_KKM.pdf

p/s  - sudahkan kwn2 memiliki drug formulary KKM?? jika belum, boleh la dapatkan segera.

Monday, May 30, 2011

Clearance : Evidence Based Experience

Assalamualaikum... Minggu lepas, aku nga matmin da buat clearance.. Sorry lambat post, aku bz skit.. Ni step2 die ye..

1)Korang pegi kat OSC, mintak form clearance (form kaler hijau.. form tu ade 2 page)

2)Pastu, korang kena pegi ke tempat2 nie, cakap kat dirng, korang nak wat clearance.. Nanti, dirng akan check status korang sama ade bleh di releasekan or withhold.. Yg cam aku, ok jek suma.. Skali harung jek.. Mat min sangkut kat finance sbb2 tertentu (kesilapan mahallah office). Tmpat2 yg korang kena pergi adalah seperti berikut:
a)Legal unit, Office of the Rector
-Kat blakang finance
b)Finance Division
-Kat sini, aku kena bayar RM 130.00 for graduation form & RM7.50 for tuition fee
-Yg tuition fee tu rase2 tyme kita wat retail attacment tyme cuti short sem..
-Aku rase bleh apply untk suma kot.. so, nanti prepare RM 137.50 time g finance.
-Mat min sangkut kat cni due to perkara berbangkit sal fee hostel. Die sdiri pun bengong sbb, fee tu kena sbb dlm rekod hostel, matmin pernah duk hostel b4 sem 1st kita tyme 1st year start.. bengong kan.. hahhaha.. nasib mum la matmin.. (pandai2la korang setal kalo ade prob)
c)Library
-sal kes pinjam meminjam buku
d)Mahallah Oficce kat CF Brother
e)IIum Security
-kat bangungan br iaitu belakang bangunan lame kat main gate

3) Then siap.. pas bleh suma tandatangan, korang g serah kat A&R.. spatot kat cni, nanti dirng akan bg release letter.. aku x wat agi.. hahhahahah..

4)Pasal transcript.. Suppose to be, pas clearance da bleh amek transcript.. Tapi, ktnye transcript dpt lambat.. tunggu senate meeting untuk diendorsekan pada 25/6/2011.. Kalo korang nak dtg skali jek, pada pendapat aku, korng datang wat clearance pada awal bulan 7..bleh amek transcript skali.. tu ikut korang aaa... Andai kata.. Ni ANDAI KATA KITA MASUK KIJE BULAN 7 and transcript x dpt agi, nanti korang just print out result, then sahkan benda tu.. Tyme lapor diri, transcript diperlukan.. korang guna jek slip result yg disahkan (AMIN, NANTI CONFIRM BALIK SAL NIE)..

Thanx.. Wsalam..

Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)

SPUB IALAH:
Satu sistem pembekalan ubat-ubatan melalui preskripsi SPUB di mana pesakit boleh mendapatkan baki bekalan ubat seterusnya dari mana-mana fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tersenarai dalam Direktori SPUB KKM melalui sistem rujukan yang seragam di seluruh negara.


SPUB BERTUJUAN:

1. Untuk memberi kemudahan kepada pesakit mendapatkan bekalan ubat-ubatan dari fasiliti kesihatan KKM yang berdekatan dengan kediaman masing-masing.
2. Membekalkan ubat kepada pesakit melalui sistem rujukan yang seragam di mana-mana fasiliti kesihatan KKM.
3. Memastikan kesinambungan bekalan ubat-ubatan kepada pesakit bagi meningkatkan komplians terhadap pengambilan ubat-ubatan.

SKOP:

Sistem ini ditawarkan kepada semua pesakit yang mendapatkan rawatan dan menerima preskripsi jangka panjang dari hospital/klinik kesihatan/institusi KKM.

PRESKRIPSI JANGKA PANJANG :

Preskripsi untuk seseorang pesakit yang menerima rawatan untuk tempoh melebihi satu bulan.

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN ?

· Dapatkan rawatan dan preskripsi ubat
· Dapatkan bekalan ubat pertama dari farmasi di mana anda mendapatkan rawatan
· Bincang dengan anggota farmasi bagi mendapatkan bekalan ubat seterusnya di hospital/klinik kesihatan yang dipilih
· Pastikan preskripsi anda telah dicop dengan cop rujukan SPUB sebelum meninggalkan kaunter farmasi

SEBELUM MENGAMBIL BAKI BEKALAN UBAT SETERUSNYA, PASTIKAN :

· Semak tarikh bekalan ubat susulan yang dicatatkan dalam preskripsi
· Bawa preskripsi asal yang telah dicop dengan cop rujukan SPUB
· Pergi ke hospital/klinik kesihatan/institusi KKM yang dipilih untuk mendapatkan ubat

SPUB MEMUDAHKAN ANDA

Berdekatan dengan kediaman anda
Menjimatkan kos, pengangkutan dan masa
Bekalan ubat berterusan

MAKLUMAT LANJUT
Sila berhubung dengan staf Farmasi di hospital/klinik Kesihatan KKM yang berdekatan.

http://www.pharmacy.gov.my/index.cfm?&menuid=8

Monday, May 23, 2011

DD2 lagi

Assalamualaikum..

Setakat ni adalah keputusan rasmi mengenai DD2:

Tutorial DR Kausar: 27 Jun 2011 [8am-11am]

Kelas Dr Farah: 1-14 Jun 2011

Exam: may b end of June atau early July [tapi nak bncng nant agar kita bleh cepatkan exam]

Repeat: Wajib datang kelas+tutorial
Resit: Optional

Doakan lah yang terbaik k. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita termasuk buat sahabat2 yang lain.

p/s: Jom kita p makan kenduri=)

Saturday, May 21, 2011

PROSPEK ganti PTK

2011/05/19 (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PROSPEKgantiPTK/Article)

pix_gal0
(image dari blog cuepacs)

PUTRAJAYA: Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi atau PROSPEK menjadi pengganti kepada Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang berkuatkuasa 1 Julai ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata, lapan prinsip yang menjadi teras kepada penilaian baru itu meliputi falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.
"Walau bagaimanapun, sebarang penambahbaikan pelaksanaan boleh dibuat atau dirunding dari semasa ke semasa.

"Itu jaminan saya," katanya pada majlis Menandatangani Persetujuan Bersama JPA-CUEPACS Mengenai Penilaian Baru Kompetensi Menggantikan PTK di sini hari ini.

Turut hadir Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Read more - http://cuepacs.blogspot.com/2011/05/prospek-pengganti-ptk-berkuatkuasa-1.html

Garis Panduan Perkhidmatan UMP 1Malaysia

Garis Panduan dari Perkhidmatan Farmasi - http://www.pharmacy.gov.my/aeimages//File/buku_GP_UMP_1M.pdf

Dari blog rahsiafarmasi (http://www.rahsiafarmasi.com/panduan-prp-provisionally-registered-pharmacist-pegawai-farmasi-u41-bidang-farmasi-kerja-farmasi-kerajaan/ump-1malaysia/) :


Syarat
Dengan syarat, ubat tersebut adalah bekalan susulan ubat kepada pesakit tersebut.
Pertama kali sudah diambil di farmasi pesakit luar. Pesakit juga faham tentang cara mengambil ubat tersebut. Ubat tersebut juga perlulah dari jenis yang boleh dipos. Maksudnya, jenis pil atau tablet, tidak mudah rosak dengan kepanasan atau haba.

Penting
Apa yang perlu pesakit tahu, caj RM5 atau RM6 perlu dibayar kepada posmen setelah mendapat kiriman ubat tersebut di rumah. Harga bergantung kepada tempat (semenanjung Malaysia atau Sabah dan Sarawak), dan juga berat bungkusan ubat tersebut.

Cara
Pegawai farmasi yang bertugas hanya perlu menerangkan perkhidmatan ini kepada pesakit berpandukan risalah yang ada. Kemudian, isi borang yang disediakan. Yang penting ialah nama, MRN, alamat, no telefon pesakit, tarikh preskripsi, jangka masa bekalan ubat untuk pertama kali, tarikh untuk bekalan seterusnya.

FAQ UMP 1Malaysia

SOALAN LAZIM (FAQs)

Q1. Adakah perkhidmatan ini wajib untuk semua pesakit yang mengambil ubat di kaunter Farmasi?
A1. Perkhidmatan ini merupakan pilihan bagi pesakit untuk memudahkan mereka mendapatkan bekalan ubat susulan tanpa perlu datang ke kaunter farmasi

Q2. Adakah saya boleh menggunakan perkhidmatan ini setiap kali saya hendak mengambil ubat saya?
A2. Perkhidmatan ini hanya boleh digunakan untuk mengambil bekalan ubat-ubatan susulan sahaja. Pengambilan ubat pada kali pertama mestilah dibuat di kaunter Farmasi Klinik Pakar/Pesakit Luar.

Q3. Adakah semua ubat boleh dihantar melalui perkhidmatan ini?
A3. Hanya ubat-ubatan jenis tablet atau kapsul yang tidak memerlukan penyimpanan khusus dan bukan daripada jenis psikotropik boleh dihantar melalui perkhidmatan ini. Ubat-ubatan selain daripada yang dinyatakan di atas tidak boleh menggunakan perkhidmatan ini.

Q4. Di mana kiriman ubat boleh dihantar?
A4. Kiriman ubat boleh dihantar mengikut lokasi pilihan anda sama ada di rumah atau di pejabat

Q5. Bila saya akan menerima bekalan ubat tersebut?
A5. Ubat anda akan dihantar sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh bekalan ubat susulan tersebut.

Q6. Adakah saya akan dimaklumkan tentang penghantaran ubat tersebut?
A6. Anda akan dihubungi melalui SMS atau panggilan telefon sekurang-kurangnya 1 hari sebelum penghantaran ubat dibuat.

Q7. Siapakah yang akan menghantar ubat kepada saya?
A7. Penghantaran ubat akan dibuat oleh pihak Pos Malaysia (Pos Laju).

Q8. Berapakah kos yang perlu ditanggung jika menggunakan perkhidmatan ini?
A8. Ia bergantung kepada destinasi dan berat kiriman seperti berikut:

Bil Kawasan Penghantaran Caj (RM)
Dari Kawasan Ke Kawasan <500 gm 500-1000gm
1 Semenanjung Semenanjung 5.00 6.00
2 Sabah/Sarawak Sabah/Sarawak 5.00 6.00
3 Semenanjung Sabah/Sarawak 8.00 10.00
4 Sabah & Sarawak Semenanjung 8.00 10.00



Q9. Bagaimana dengan cara pembayaran?
A9. Pembayaran boleh dibuat secara tunai selepas kiriman ubat diterima (Cash on Delivery) atau menggunakan perbankan atas talian jika menggunakan laman web

Q10. Kalau saya seorang kakitangan/pesara kerajaan, adakah saya akan dikenakan bayaran juga?
A10. Ya. Bayaran tersebut adalah untuk perkhidmatan penghantaran yang dikenakan oleh pihak Pos Malaysia. Anda tidak akan dikenakan apa-apa bayaran untuk ubat-ubat anda.

Q11. Apakah tindakan yang harus dibuat jika ubat yang diterima melalui kiriman pos tidak sama dengan ubat yang diambil di kaunter farmasi?
A11. Anda diminta merujuk perkara ini kepada Pegawai Farmasi di hospital/klinik kesihatan yang membuat kiriman ubat berkenaan untuk maklumat lanjut.

Q12. Sekiranya ubat yang diterima melalui pos tersebut rosak, siapa yang perlu saya hubungi?
A12. Anda diminta untuk menghubungi Pegawai Farmasi di hospital/klinik kesihatan yang membuat kiriman ubat berkenaan untuk maklumat lanjut.

Q13. Sekiranya saya tiada di rumah semasa pihak pos menghantar kiriman ubat saya, bolehkah ahli keluarga lain mengambil kiriman tersebut bagi pihak saya?
A13. Kiriman ubat anda boleh diterima oleh ahli keluarga yang lain asalkan akuan penerimaan bungkusan ditandatangani oleh ahli keluarga tersebut.

Q14. Sekiranya saya ingin membuat penukaran alamat kiriman ubat, apakah yang perlu dilakukan?
A14. Sila maklumkan mengenai penukaran alamat tersebut dengan Pegawai Farmasi di hospital/klinik kesihatan yang membuat kiriman ubat secepat mungkin.

Q15. Apakah rasional di sebalik pelaksanaan perkhidmatan penghantaran ubat melalui pos?
A15. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada pesakit yang perlu datang ke hospital berulangkali untuk mengambil ubat susulan bagi penyakit kronik. Biasanya preskripsi diberi oleh doktor untuk tempoh 3-6 bulan kepada pesakit stabil tetapi ubat hanya dibekal oleh farmasi untuk tempoh sebulan. Dengan perkhidmatan penghantaran ubat melalui pos, pesakit yang layak dan ingin memilih opsyen ini tidak perlu datang ke hospital untuk pengambilan ubat susulan Dengan ini terdapat penjimatan perbelanjaan perjalanan, masa dan juga dapat memastikan kesinambungan pengambilan ubat





Q16. Adakah ubat yang dipos itu selamat?
A16. Semua ubat disediakan oleh Pegawai Farmasi dan disemak oleh seorang pegawai lain berdasar kepada preskripsi sebelum dibungkus. Semua bungkusan dimeterikan dengan lak resmi Kementerian Kesihatan Malaysia supaya akan diketahui jika terdapat gangguan pada bungkusan tersebut. Pesakit juga dinasihat berhubung dengan pihak farmasi jika merasa ragu-ragu terhadap ubat yang dikirim sekiranya berbeza daripada ubat yang biasa diguna ataupun kualiti dikhuatiri.

Q17. Terjaminkah ubat akan sampai pada masanya sedangkan ada juga barangan yang dihantar melalui pos laju tidak sampai dalam sesetengah kes?
A17. Melalui sistem "On-line tracking" Pos laju, hospital berkenaan boleh mengesan pergerakan ubat-ubat yang dihantar. Selain daripada itu, berdasar kepada prosedur yang ditetapkan pesakit akan dihubungi sebelum bungkusan ubat dikirim dan mereka diminta memaklumkan pihak hospital sekiranya ubat tidak diterima

Q18. Bagaimana dengan kualiti ubat yang sampai nanti?
A18. Hanya ubat dalam bentuk tablet/kapsul yang tidak memerlukan penyimpanan khusus akan dihantar melalui pos. Pihak pos juga telah dimaklumkan berkaitan kaedah penyimpanan ubat. Bahagian Perkhidmatan Farmasi akan menjalankan audit penjaminan kualiti (quality assurance) di cawangan-cawangan Pos Laju yang terlibat untuk memastikan kualiti ubat yang dikirim tidak terjejas.

Q19. Sejauh manakah penerimaan mereka yang telah menggunakan khidmat ini?
A19. Perkhidmatan ini telah dilaksanakan di 26 fasiliti setakat ini dan sambutan daripada pesakit adalah sangat menggalakkan kerana memudahkan pengambilan ubat.

Q20. Tidakkah pelaksanaan khidmat ini seolah-olah menghantar mesej yang kurang tepat kepada pesakit bahawa "anda tidak perlu datang ke hospital lagi"?
A20. Perkhidmatan ini hanya ditawarkan kepada pesakit di mana preskripsi ubat belum dibekal secara penuh. Pesakit masih perlu datang ke hospital sekiranya terdapat temujanji dengan doktor. Perkhidmatan ini juga bukan merupakan "mail order service" kerana ubat yang dipos kepada pesakit adalah berdasar kepada preskripsi yang diberi oleh doktor yang merawat pesakit di fasiliti berkenaan.

Q21. Adakah penghantaran ubat melalui pos dapat menggantikan keberkesanan mengambil ubat dan berjumpa doktor di hospital.
A21. Perkhidmatan ini tidak bertujuan untuk menggantikan keberkesanan mengambil ubat dan berjumpa doktor di hospital. Sepertimana dinyatakan, perkhidmatan ini hanya bertujuan memudahkan pengambilan ubat ulangan atas preskripsi jangka panjang.

http://www.pharmacy.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=139&action=view&retrieveid=237

Friday, May 20, 2011

Update terbaru dari KOP

Salam.
Update terbaru, KOP dh siap semua urusan surat menyurat SPA & Pharmacy Board. InsyaAllah ptg nnti hntr. Alhamdulillah. Thanks very much to KOP! (k.sharina, k. Zai & k.wan & yg lain2). Harap kwn2 xde nk mrh2 KOP lg eh. Antara faktor kelewatan yg kita patut terima :
1-Batch kita paling ramai jika dibandingkan dgn senior2. 2x ganda pula tu. Staff KOP pula xde la nk bertambah 2x ganda jgk.
2-Batch kita paling ramai yg ada ‘masalah’ psl akademik. So, KOP kena recheck dari sem1 y1 sampai la final sem.


So, xpayah nk call KOP lg tanya psl result/prp kecuali dah terdesak sgt. Kesian admin KOP terima panggilan tepon byk sgt dari kita 2,3 hari ni...:)

Psl resit/repeat :
1)kwn2 yg fail subjek DD2 bwh 45 akan repeat pada shortsem nnti, ada kelas.
2)kwn2 yg fail subjek DD2 atas 45 akan resit.
3)kwn2 yg fail subjek2 lain selain DD2 & bwh 45, akan extend pada sem session 2011/2012. X de kelas sbb xcukup 5 org utk bukak kls.

Ada apa2 nk ty dipersilakan, yg blh jwb kitorg tlg jwbkan.

Doa2 la pada hari Jumaat yg mulia ni, kita dpt msk kerja bulan 7 insyaAllah.

Update dari Lembaga Farmasi

Alhamdulillah, envelope kosong yg kita hntar bundle hari tu dah selamat sampai ke Lembaga Farmasi hari ni (20/5), confirm!

Sad news, Lembaga Farmasi belum terima borang 1 (borang prp). Hope KOP dpt submit hari ni. kita tgg update dari org2 Kuantan. Thanks org Kuantan yg tlg deal dgn KOP ni! yg ada kt kuantan tp xdpt tlg terima kasih jgk diucapkan.

Pesan Lembaga Farmasi, nnti dpt surat tawaran dari SPA, photostate 1 salinan & hntr ke Lembaga Farmasi. Then, baru diorg boleh proceed utk perlantikan PRP oleh Lembaga Farmasi.

Wednesday, May 18, 2011

Graduation guideline & update PRP

Assalamua'laikum......

di bawah adalah guideline/step for our convocation n detailnya:

Step 1:Result kluar (so masing2 check result)
Step 2:Kulliyyah will update Your Status to "Graduated"...ok disini nak beritahu yang batch kita banyak juga masalah nk masuk detail2 ni (contoh: kredit subjek tak masuk lagi ke etc)....jadi nya mmg ade yg active lagi kan.....skrg KOP tgh settlekan. diorg double check etc...jika rasa x best...boleh telefon KOP mengenai status anda....ok,,disebabkan itu juga, Kulliyyah tak send lagi our result ke Senate Gombak untuk di"endorse"kan...sepatutnya Senate akan meeting 27/5/2011...and kita leh wat clearance together dpt FULL TRANSCRIPT & RELEASE LETTER start 28/5/2011....anda leh wat clearance skrg (means before Senate gombak endorse kan) tp tak akan dpt lagi FULL TRANSCRIPT & RELEASE LETTER jika buat skrg...Result kita perlu di'endorse'kan dulu oleh Senate Gombak (bukan KOP ek yg endorse kan) barulah berbaloi buat clearance sebab lepas clearance kita leh mintk FULL TRANSCRIPT & RELEASE LETTER secara PERCUMA.

Step 3: buat CLEARANCE....macamne buat clearance???? tgk bwh
Untuk kita yang belajar di UIA KUANTAN nih,,,kita pakai MANUAL CLEARANCE.....sehubungan itu GRADUATION FORM + APPLICATION FOR TRANSCRIPT etc yang di laman web kita tu DI ABAIKAN.. termasuk la CLEARANCE yg kita leh log in tu ABAIKAN jek...kita x perlu buat semua tu...tarikh 25-30 may submission of graduation form tu pun tidak di'apply'kan... Graduation form etc ni lebih kepada UIA GOMBAK nyer student...so, settle da situ.....

Jadinye..yang perlu kita buat sekarang ni
first: tunggu KOP update status Graduated tu,
second: tunggu Kulliyyah hantar result kita ke Senate untuk di'endorse'kan..
third: then kita reramai balik ke uia tercinta pegi OSC ambil borg clearance (warne hijau),
forth: settlekan finance mahallah etc tu (ada 5 department kena pegi x silap nye)
fifth:, Pegi balik OSC lepas settle semua..hantar clearance form tu
sixth: OSC terus bagi FULL TRANSCRIPT & RELEASE LETTER
seventh: Balik rumah tido :), tunggu surat daripada Admission & Record Gombak..surat mengenai our CONVOCATION :)..tarikh dijangka dapat surat convo:bulan 8 & 9

note: TARIKH DIJANGKA PALING SELAMAT & BERBALOI WAT CLEARNCE : 1/7/2011
kenape???? sebab KOP x hantar result kita bulan ni..KOP hantar bulan depan so kena tunggu bulan depan nye Senate meeting untuk endorse kan kita nyer result.... :)

Clearance form tu ade 2 copy..satu student copy and other OSC copy.....

Korang leh mintak FULL TRANSCRIPT lebih tau...tapi kena isi form application for transcript tu yang boleh didapati di OSC :)

so, conclusion nye...

tunggu update sal result kita nye da endorse ke belum..insyaALLAH ade org update kan...then da endorse,,pegi OSC amik satu borg clearance jek then settlekan...then dapat la FULL Transcript & release letter tu

UPDATE for PRP:
Borg PRP tu kak zai cakp akan dihantar either this week or next week.....emm pasal KEjE lak...KOP belum lagi hanatr ke SPA since kena double check our result etc tu la...jadi sabar :)

wallahua'lam....assalamua'laikum..salam sejahtera ke atas semua :)

Remark & Graduated Status @MyIIUM

salam.

1)cuba korang tgk kt myiium > mypersonal > current status > dh 'graduated' ke blm? sape2 yg sspttnya graduated tp still active, boleh komen kt entri ni.

2)kalau yg dh 'graduated', boleh log in kat sini - http://itdportal.iiu.edu.my/clearance/loginstud.php. Ni yg online punya clearance. detail clearance nnti dani akan post. Ada yg xboleh log in?

3)g kat myiium > myAcademic > result > choose 2010/2011(2) > tengok kat remark, ada x dpt honour first class ke second class ke?

4)part graduation audit aku punya still incomplete, kwn2 yg lain ada yg complete ke?

Hope korang blh share. sbb kita dah xde kelas, xde tempat nk berkumpul bincang2. Kt blog/sms/call/email/facebook je la medium utk kita interact.

Monday, May 16, 2011

Resit & Repeat

Assalamualaikum,,

latest info dari dr Farah;

Resit DD

Date: 1 June 2011
Tutorial: 25 May 2011

Info dari Mdm Siti Halimah;

Setakat ni repeat kena ambil masa sem 1/2 session 2012/2013

tapi mdm nk jumpa dulu Dr. Che Su dan Prof Tariq untuk buat class n xm masa short sem ni.

Jadi x perlu tunggu sem depan.

Sebarang masalah/ pertanyaan sila bagitau saya secepat mungkin k.

Tima Kasih

Saturday, May 14, 2011

Verify your Address

Salam.

Sape2 yg blm verify lg address utk surat menyurat, cpt2 la buat ASAP.

Check email korang masing2. Kalau surat xsampai rumah korang sbb salah eja @ tukar alamat, jgn salahkan kitorg....


*blogspot dh blh 'sembuh', dh blh update.

Thursday, May 12, 2011

Insentif Khas P.Farmasi


Sumber - Pembangunan Kerjaya P.Farmasi di KKM

Wednesday, May 11, 2011

Recommended Books

Salam. saya ada tanya senior psl buku2 yg sesuai utk dibaca masa cuti ni :


1)HUKM Formulary...very nice reference book...
2)Frank Shawn...Good for paeds
3)Blue Book..if u can borrow and photostat the latest from senior
4)BNF latest
5)National Antibiotics Guidelines 2008


Learning is a lifelong process...Practice will bring u towards perfection....a lot of learning is by experience itself! - Senior rx3



Tuesday, May 10, 2011

Urgent

Assalamualaikum wbt...

buat sape yang repeat/resit kena ambil borang di OSC, bayar RM100 per subject dan
submit pada kak Sharina-due date: 12 May 2011.

untuk apa2 info setiap subjek lebih baik contact CC atau HOD..

Tima ksh.Gudluck,. Tolong sebar2kan k=)

p/s: bila nk reunion?...terasa rindu lah plak kt rx6th...hehehe

Penting Sape yg Nk Resit (Sblm 12hb)


Payak pernah juga post sblm ni 

K. Syarina bgtau, kepada sape2 yang nak resit paper tyme short sem nie, kena isi form "application to resit examination".. patot g ambek sdiri kat OSC, tp K. Syarina da tulung ambekkan.. Regarding form tu:
1. Satu paper, kena bayar RM 100. 2 paper, RM 200...
2. Submit form tu ade 2 choice, either:
a. b4 balik kg sem nie.
b. after result sem nie kluar.
3. sape2 yg x tau status bleh resit ke tak (sbb confius nga statement 45 ke bawah, kena repeat whole sem kan), pergi jumpa CC subject tu, and tanye dirng sal status korang, bleh amek ke tak.
4. nak detail agi, kat blakang form tu ade. Nanti, tgk2 laa..

So, sape yg terlibat boleh cpt2 submit resit form tu sblm 12hb ni (lusa).

Monday, May 9, 2011

Update 3 : ANR UIA

salam. saya br shj contact ANR UIA kt gombak (lama jgk kena tgg br blh ckp dgn pegawai yg menguruskan hal ni)

1. In order to do clearance, kita kena tunggu result kita berstatus GR (graduated). Status ni kulliyyah yang uruskan.




When can I do clearance?
I am a graduating student, when should I do clearance?
You can do clearance when the Office of the Deputy Deans (Human Sciences) has updated your status as graduated (GR). We will check all graduating students’ status after the final examination results are released to students. Please allow at least 5 working days from the day results are released for us to complete the checking and updating.

Once your status is graduated (GR), you may print ‘Clearance’ form at http://iiu.edu.my/anr/apply.html The form is grouped under ‘STUDENT’S FORMS’ - ‘Graduations & Convocations’.

Transcripts
How can I get full academic transcript?
When can I get my full transcript?
The office of the Deputy Deans (Human Sciences) only provides partial academic transcript. You are eligible to obtain your full academic transcript only after:
1)your status has been updated as ‘GR’ (graduated) by Office of the Deputy Deans (Human Sciences);
2)your graduation has been endorsed by the University Senate;
3)you have done your clearance.

Once the three conditions have been fulfilled, you may collect your full academic transcript at the Admissions and Records Division (A&R).

 p/s- i think KOP should also guide us on what to do after graduate and bla bla....

Submission of Graduation Form?

 Saya tengok calendar uia kt sini (http://www.iium.edu.my/sites/default/files/users/31/files/important%20dates%2031011_all%20students.pdf)


Submission of graduation form perlu dibuat pada 25-30 May 2011.

Saya rujuk ANR IIUM (http://www.iium.edu.my/anr/faq)

How to do the clearance?
Students must submit the completed 'Clearance Form' together with the 'Application for Full Transcript Form' to A&R Division. The official full transcript will only be released after the senate endorses students' graduation. 

Graduation form?

Form utk dptkan full transcript - http://www.iium.edu.my/sites/default/files/users/31/files/FullTranscript.pdf
(kena submit skali dgn clearance form)

p/s- hmm..susah btl xde guideline ap yg kita kena buat lps dpt result... saya akan contact ANR iium nnti insyaallah. apa2 info sy update.

Date for Resit/Special Exam Application

http://www.iium.edu.my/sites/default/files/users/31/files/important%20dates%2031011_all%20students.pdf



Kalau KOP blm lg call sape2 yg terlibat, lebih baik korang call KOP sendiri.

Sunday, May 8, 2011

smbungan--tips LAGI~~

"Xsangkenye krg da nk prp.. Xsdr pn cpt je berlalu. Ktorg pn da nk abes.. Hurm preparation tu xde sgt la kalo korg jnis yg study btol2 ms kt uia.. Yg pntg basic kne kuat. Nnt ms prp akn blaja all over again.. Byk gakla bnde yg kte xpenah jmp ms study akn jmp tym keje.. Pd akk kalo basic ok, xde la ssh sgt nk cope nnt. Ms keje lg kne rajin dr study tau.. Ktorg pon rmi je yg tbe2 rajin nk study sbb siyesly uia nye pendedahan utk practice kt spital sgt sgt sgt la sket..

For now yg pntg, ape yg study dlu jgn lupe trus.. N enjoy ur holiday tol2 sbb da keje nnt jgn harap nk cuti salu da huhu sadest thing about keje...

Lg satu, rjin2 la download cpg dr US or Europe.. Kalo spital besa drg x pandang lgsg da cpg msia.. Tp full cpg dr luar ni mmg bgs.. Drg cte sal effect kt mortality n morbidity sume.. Salu kn dak imu je bese pki cpg2 ni.. Dak2 u laen sume cmmrangkak2 je nk bc.. Kalo kidney leh download kdoqi, heart xm bese aha punye.. Yg laen2 google je msti ade punye..

Pastu nnt jgn tekejot kalo smpi org expect kte tau cmne nk recons n stability sume... Akk da tekjot dlu. Pastu infection n antibiotics kne strong tau.. Akk smpi skang hampeh. Ptot kne tau coverage sume

Tu je kot.. All da best. Xperlu risau.. Just enjou ur holiday n bsedie utk jd lebey rajin hehe nnt msti jd kuat curik leaflet

Kalo sp2 yg dpt sabah, toksah sedey sbb dlm byk2 prp cm yg dok sabah ni la yg happiest hehehe"

from: k.Haziah Salleh rx5th

Saturday, May 7, 2011

Amalan 5S

Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S‟ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

Konsep Amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan.

BAHAGIAN SATU - MENGENALI AMALAN 5S
BAHAGIAN DUA - HALA TUJU AMALAN 5S JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN TIGA - LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN AMALAN 5S DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
BAHAGIAN EMPAT - PIAWAIAN TINDAKAN PELAKSANAAN AMALAN 5S DI JABATAN PERKHIDMATAN
AWAM MALAYSIA: KEBERSIHAN, KEKEMASAN DAN KESELAMATAN

Details - GARIS PANDUAN AMALAN 5S

Friday, May 6, 2011

Jadual Laluan Kerjaya P.Farmasi di KKM


HUSM Drug Formulary

mari belek2 HUSM drug formulary online...


Cuti Utk Penjawat Awam

http://www.eghrmis.gov.my/elaun_kemudahan/category/kemudahan/cuti/

p/s- byk juga cuti yg diperuntukan.. 

General Dialing Guide


  1. IIUM Gombak Campus
    • Dial 03-6196-4000/4400/4800 followed by XXXX. (where XXXX is any extension number begin with 3XXX)
    • Dial 03-6196-XXXX. (where XXXX is any direct number ranging between 4001 until 5599)
  2. IIUM Kuantan Campus (Indera Mahkota)
    • Dial 09-571-6400 followed by XXXX - AA (Auto Attendance Number)(where XXXX is any direct number ranging between 6401 until 6799)
    • Dial 09-571-6400 followed by XXXX - (where XXXX is any extension number begin with 2XXX - 3XXX)
  3. Centre for Foundation Studies (Petaling Jaya)
    • Dial 03 7946 XXXX (where XXXX is ext starting 2401 until 24992700 until 27993000 until 31994700 until 4999)
  4. Centre for Foundation Studies (Nilai)
    • Dial 06 856 XXXX (where XXXX is ext starting 3401 until 3699)
  5. ISTAC, IIUM Kuala Campus, Persiaran Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur
    • Dial 03-6207-XXXX (where XXXX is extension number)
  6. IIUM Kuala Lumpur Campus, Jalan Damansara (Institute of Islamic Banking and Finance)
    • Dial 03-2082-XXXX (where XXXX is extension number)

Thursday, May 5, 2011

Tips for PRP~

Assalamualaikum..these are tips shared by k.haryani..make use of it coz it might be helpful to us..all d best in ur future undertakings.. :)

"mm..doa dpt preceptor best, hospital best, n grab as much as u can. kalau dpt yg tak best nak buat cemana kan? berusaha la sebaik mungkin utk adapt n survive..akak masa kat Uni mmg tak paham TDM TPN n clinical. bila masuk hosp baru faham concept n rasa bende2 tu sgt2 best n menarik. blaja patient counselling betul2, common adverse effect of meds (utk counseling n record ADR), utk clinical kne familiar common dose n freq..dr suka tanya maximum dose n dose pelik2. invest beli PDA atau henfon mahal yg boleh guna micromedex dan yg sewaktu dengannya..

oh ye, kalau pt tu mengada n demand cemana skali pun..just senyum dan angguk je. kalau dia tak puas hati jgk, jgn menjawab bukan2 n panggil je FRP atau senior lain utk entertain dia. patient yg mengada mmg suka komplen dan untuk awak menjawab komplen (secara rasmi dan bertulis) bukanlah satu perkara yg menyeronokkan (pengalaman ni, haha)

always try to be careful n berhati2 in counter-checking ubat, label, dose etc. menaip incident reporting form dan mengexplain kepada bos tentang kecuaian anda dan bagaimana ia berlaku pun bukanlah satu aktivti yg menyeronokkan juga (pengalaman lagi). tapi betulla..we r dealing with life kan, kalau effect dia kecil tak ape jgk. kalau efx besar n sampai mati org tu..kan naya..prevention better than cure

selain familiar ngn common dose, cuba browse n search2 common medication error kat Hosp Malaysia. certain hospital ada cara sendiri utk prevent error tu. boleh search jgk.

panjang la pulak tips. haha k la bnyk je lagi boleh pesan, tapi yg paling penting jgn malu bertanya..even to PPF. PPF tu lagi tere dari kite (biasela tu takleh nak expect semua org frenly n helpful kan). masa PRP buat salah takpe, kalau dah FRP pun asyik buat salah n serba tak tau....tak best la kan ;) waaaaaaaaaa rindunye ngan hospital T_T saye nak balik hospitaaaaaaaaallll~~~

good luck!! :)"

Quoted from:

k.Haryani Rx4